Selasa, 12 Mei 2009

Hmmm...

CEDEY ASA ATIE BILA TERKENANGKAN FAMILY YG JAUH…BILA BERADA DEKAT AQ CAM ANAK MANJA N AGAK SUKAR D’KAWAL…SEKARANG AQ JAUH DR FAMILY N SUKAR UNTUK AQ BERTEMU SELALU…
MASA 6BULAN TERASA LAMA WALAUPUN MASA PANTAS BERLALU, EXAM BAKAL TIBA,..BERMACAM2 RAGAM N TUGASAN YANG KAMI TERIMA UNTUK MELULUSKAN DIRI N MELAYAKKAN DIRI UNTUK UJIAN AKHIR…
14.05.09 TARIKH DIMANA KAMI SEHARUSNYA MELAKSANAKAN PROJEK AKHIR UNTUK KOMPUTER TETAPI MALANG MENIMPA AQ DAN BEBERAPA ORANG RAKAN…SEGALA SUSAH N PAYAH MENCARI BAHAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK TI AKHIRNYA MENJADI MAKANAN KEPADA VIRUS KOMPUTER…
BILA KENA CAMNI BARU A ASA NYESAL GLER CZ XBT BACKUP…ORANG LAIN XASA APA YANG AQ ASA SKG, HNYA LUAHAN CMNI JE DAPT AQ LUAHKAN…SELALUNYA ADA MBE YANG AKAN DGR TP SJAK AQ STUDY KT CNI AQ XDPT SORG PN MBE YANG AQ ARAP2KAN…KADANG2 TRASA CM RUGI AQ XTRIMA JE TWARN KT J.B…ORANG LAIN YANG KNAI AQ LEY ANGGAP YANG AQ NI EPY GO LUCKY TP PADA HAKIKATNYA HNY AQ JE YANG THU…


Isnin, 4 Mei 2009

...MuKaDiMah...

DOA TERAKHIr
Yang kupeluk tubuh lelahmu yang kucium rambut lusuhmu yang berderai airmataku,
dingin subuh menggigit kulit dan jantungku berdetap ketika embun turun mencecah bumi menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu membawa pergi apa yang kumiliki!
Ibunda selamanya kudengar deburan ombak hidupmu seadanya kutampung penderitaanmu sedang kudratku lemah untuk menahannya doaku mungkin lewat terkabul di mana pada alam luas ini suaraku sering tenggelam punca betapa pilunya embun terakhir menyentakku tiada lagi senyum di bibir lukamu
Ayahanda, Kalaulah mungkin aku berdosa setelah saling kita bermaaf;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu
aku telah belajar membaca wajah laut mengoyak wajah pasir,
menyibak suria menggenggam angin,
menyusuri wajah malam namun, maafkan aku demi cintamu
Pulanglah bunda dan ayahanda ke dalam kehidupan abadi setelah datang dengan berani akan kukenang matamu dalam merenungku mengungkapkan penyerahan hayat perjalanan 74 begitu panjang pertarungan suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi dan aku adalah benteng yang mendepani kehidupanmu
Bagaikan batu pualam longgokan pusaramu memanggilku pulang ke kampung laman setelah lama dan jauh,
musafir dan berkelana pedih mataku berair mata segenggam rindu jadi selaut luka setabah dukaku menampung rasaku
meski di sini kita berpisah dan di tamanku belum selesai kutanam bunga kau adalah segalanya bagiku tenang dan tenanglah dalam doaku kita pasti bersama.

Isnin, 27 April 2009

...KeNaNgAn MeNgKuAnG...



time nie ktorng 6 g jog kt tasik mengkuang...yang join wafi, bush, muna, kim, veenot n aq...tp yg jog cm aq, bush, kim, veenot n wafi...yg lagi 2 join date jer...huhuhu....
Selasa, 21 April 2009

....aBouT Me...

ney time study kt Kolej PTPL


aq cam manusia biasa gk a, ada jer salah yg terbuat n sengaja buat..huhuhu...16 feb 90 mak aq lahirkan aq kt hosptal alor star...masa 2 xdpt plak aku jangka..hehehe...sepanjang zaman sekolah aq study kt 3 sekolah..bukan budak jhat na..lpas SPM jer aku trus study dkt kolej PTPL dlam Dipl.Perubatan n xsampai sem 3 family aq sruh msuk study dkt Kolej Komuniti..hehehe...

nie bakal kak ipaq aq, cian dia cz abg aq jd manusia yg mementingkan diri sendiri..huhuhu...nama dia nur izyan liyana, orang teganu..bek tau, bkn senang nak dapat kak ipaq cam dia...jurusan farmasi perubatan UITM Seberang Prai last sem..sama cam abg aq..comey, family aq ska sgt kt dia lbh2 lg adik aq yg noty 2...
Ahad, 19 April 2009

MiMpI NgErI...


mimpi....


khamis malam jumaat, aku ngan member2 umah sewa kt s.p baru jer balik dari makan malam dekat penang..jauh ktorang makn..hehehe...agak lewat ktorang sampai umah malam tu, dalam pukul 2.30 juga la...sebelum tidur telah menjadi rutin kami serumah untuk dengar mp3 atau tengok video yang ada...

malam dah terlalu larut, mata kami pun dan mengantuk...tanpa kami sedari kami tertidur tanpa menutup satu pun laptop yang kami gunakan...dengan tetiba aku rasakan yang aku berada di satu taman yang dipenuhi dengan air, nak kata banjir hujan tak turun pun..aku terus berjalan untuk mencari jalan penghujung untuk melihat apa yang dapt membantu aku untuk pulang ke rumah...di penghujung jalan aku dapati ada satu bangunan besar. setibanya di sana aku dapati itu adalah hospital, aku masuk untuk meminta bantuan daripada orang yang ada di situ tetapi malangnya nasib aku apabila yang disangkakan hospital rupa-rupanya bilik mayat..agak menakutkan apabila banyak mayat yang terbaring ditutupi kain puteh dan ada yang baru tiba dari tempat kejadian..

dalam masa aku berjalan-jalan mencari jalan pulang yang betul, aku ternampak seorang perempuan sedang mendukung bayi kecil..dari jauh nampak macam ibuku, aku pergi menegur tetapi agak menakutkan apabila wanita yang aku sangka ibuku itu sedang mendukung mayat seorang bayi yang tiada tangan...

aku agak terkejut dan melarikan diri keluar dari tempat yang agak menyeramkan itu, aku terjatuh apabila terlanggar batu dan terus tersedar dari tidurku...alangkah terkejutnya aku apabila terjaga, aku bersyukur kerana apa yang aku nampa sewaktu tidur cumalah mimpi...

 
cHoCoLaTe. Template Design By: SkinCorner